PERHATIAN !!!!!

Rekabentuk halaman blog ini dan isi kandungannya adalah dilindungi dan di daftarkan mengikut AKTA REKACIPTA BLOGGER. Sebarang kesalahan dalam apa jua bentuk pengubalan atau perubahan pada blog in tanpa pengetahuan, pesalah akan di DAKWA mengikut undang-undang blogger

Thursday, July 15, 2010

INFO

PERSATUAN KECERGASAN NEGERI MELAKA



Menyediakan:-


1-Kursus-Kursus
2-Bengkel
3-Kejohanan
4-Jurulatih
5-Pengadil
6-Demotrasi


Aktiviti Yang Dijalankan :-


Senam Seni,Senamrobik,Poco-Poco(Asas dan 60'an),Pocorobik,Tarirobik,
Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia,Lompat Tali Berirama,Lompat Tali Prestasi Tinggi,
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dan sebagainya.



JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI DI TALIAN :-


PN. LAILAWATI - 016-2148446

EN. SHAARI - 017-6639170

PN. AIDA - 017-6302841

EN. ZULFIEE - 012-6067051

EN. RAZALI - 017-6995721


Surat menyurat ditalian Fax - 06-3360204




1- PERSATUAN KECERGASAN NEGERI MELAKA adalah persatuan yang pertama merekacipta/memulakan/mengasaskan Senaman Tarirobik di Malaysia ini.


2- TARIROBIK ini adalah gabungan daripada Tarian & Aerobik. Dalam masa kita membuat pergerakan senaman aerobik yang heavy/keras diselitkan juga kelembutan iaitu didalam tarian. Bermakna dalam pengiraan peratusan adalah (50% Tarian + 50% Aerobik).


3- Adalah salah/tidak bersesuaian jika kita menggunakan lagu yang terlalu rancak yang menyamai pergerakan Aerobik yang memerlukan high impact movement kerana Tarirobik mempunyai pengiraan BIT lagu iaitu 180bit yang bersesuaian dengan Tarirobik itu sendiri. Jika melebihi daripada itu ia adalah di kategorikan sebagai Aerobik. Kerana penggunaan bit itu adalah bertujuan memudahkan kita untuk mempelajari dan diikuti oleh semua peringkat usia.


4- Tariobik, Aerobik (Senamrobik) Fitball Robik, Poco-Poco mempunyai pengiraan BIT nya yang tersendiri. Biasanya kita diajar semasa kursus ASAS Tariobik yang pernah diadakan oleh persatuan kami sebelum ini.


5- Persatuan ini juga mempunya barisan Instruktur Kecergasan peringkat Negeri/Kebangsaan merangkumi : Tarirobik,Senamrobik,Fitball Robik, Tarirobik,Lompat Tali,Poco-Poco,Senam Seni dan semua aspek yang merangkumi Kecergasan. Ini adalah kerana KECERGASAN itu sendiri adala membawa maksud yang besar dan meluas.


6- Persatuan ini juga mempunyai Pengadil Peringkat Negeri/Kebangsaan untuk Lompat Tali, Poco-Poco, Fitball Robik dan Tarirobik.


7- Tujuan utama TARIROBIK itu sendiri adalah untuk memberi orang perorangan yang melakukan aktiviti itu untuk relax dan santai dan bukannya menambahkan stress kepada mereka. Sebab itulah Tarirobik ini dicipta dalam format yang mudah dikuti seperti yang dinyatakan diatas.

0 comments:

Post a Comment